Isnin, 7 April 2014

ESP BUAT HATI JATUH CINTA

Assalamualaikum,salam sejahtera moga kalian semua sentiasa dalam redha Allah...
Dah lama rasanya saya tidak mencoretkan apa-apa dalam blog saya ni. Entri kali ni saya nak bercerita pengalaman melahirkan anak kedua saya. Bila pregnant benda yang paling saya tak suka telan ubat-ubatan yang di bekalkan oleh klinik, sebabnya saya memang tak boleh hidu bau ubat-ubat tu. Rasa nak muntah di buatnya. Masa ni saya belum kenal dengan SHAKLEE lagi, tak tahu apa pun. Pregnant kali kedua ni saya jarang makan ubat yang di bagi,minum susu pun kadang-kadang.

Sehinggalah usia kandungan 36minggu 5hari bila buat pemeriksaan rutin dan scan baby, doktor sahkan baby saya ada sedikit masalah yakni baby di sahkan IUGR (perkembangan baby terbantut). Doktor kata berat si baby dia estimet 2.2kg je tidak sama dengan usia kandungan. Bila dah jadi macam ni doktor terus minta saya refer di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah,Temerloh Pahang (HOSHAS. Jika perlu mungkin saya akan di minta melahirkan awal. Masa ni memang agak kalut jugalah, persediaan baby baru je plan nak beli esok hari sebab masa tu suami da apply cuti untuk temankan saya beli barang keperluan baby. Di pendekkan cerita so kami bergegas je beli apa yang patut dan saya just packing baju-baju anak yang 1st. Kebetulan pulak doktor kata bakal baby perempuan. Masa ni juga saya belum lagi beli sebarang produk untuk berpantang, kerana saya masih lagi mencari yang sesuai. Pantang anak yg 1st saya berpantang dengan produk HPA,tapi tidak dapat makan sebab baby yang 1st menghidap jaundice. So jamu memang kena tolak tepi.

Mujur anak yang 1st ada mak mertua yang jaga,so senang la kerja sikit. Sebaik tiba di HOSHAS saya di minta buat pemeriksaan semula. Pakar kata saya kena tunggu sehingga baby cukup 37minggu. So start la saya berkampung di wad bersalin. Hari Jumaat 22hb saya di masukkan ubat untuk di paksa bersalin. Sakit memang tak boleh nak kata lah. Alhamdulillah saya selamat melahirkan baby boy pada 23.2.2013, berat baby hanya 2.25kg sama seperti yang doktor estimate. Lengkaplah sepasang cahaya mata kami. Baby kedua ni kami namakan Muhammad Irsyad Afif.


Afif lahir tiada sebarang komplikasi cuma malangnya dia menghidap hypoglycemia (kurang gula). Terpaksa lagi berkampung di NICU sehingga bacaan gula afif normal. Alhamdulillah 2hari je warded dah boleh discharge. Balik rumah hanya 2hari, sekali lagi afif kena warded sebab menghidap jaundice yang sangat tinggi. Ya Allah, masa warded afif kena masukkn drip. Hanya tuhan yang tahu macamana luluhnya hati saya melihat si baby yang kecil di cucuk dengan jarum yang besar. Air mata dengan murahnya mengalir tanpa di minta. Baby juga kena letak bawah lampu biru bukan 1 tapi 3lampu sekaligus. Macam ni la rupa si kecil masa di letak bawah lampu biru. Sedih melihatnya, 5hari di bawah lampu memang kulit dia jadi terbakar dan mengelupas.


Selepas 5hari warded kami dah boleh discharge. Tapi masih kena berulang ke hospital untuk check tsb. Memang pengalaman anak kedua ni sangat mencabar sebab kami terpaksa berulang alik hospital, mujur lah rumah dekat. 3x baby yang 2nd ni terpaksa warded sebab bacaan jaundice dia asyik2 meningkat. Pernah juga baby kena puasa 6jam, sebab doktor nak scan hati dia kalau-kalau ada masalah. Masa ni lagi sangat mencabar sebab baby tak dapat menyusu,memang meraung2 la dia sebab kelaparan. Kalau mak mertua dan mak saya tiada memang saya tidak kuat untuk hadapinya. Alhamdulillah, masa scan hati baby syukur tiada sebarang masalah. Lama juga Afif baru bebas dari jaundis, 2bulan. Sepanjang tempoh ni memang sentiasa kami kena berulang ke hospital, tangan si kecil pun dah berbekas2 dan biru2 dek kerana kerap sangat di ambil darah. Masa ni memang saya tidak makan sebarang set berpantang, makan memang saya sangat2 jaga. Risaukan baby sehingga tidak fikir akan diri sendiri. Berpantang ala kadar sahaja.

Sehingga lah suatu hari saya berkenalan dengan seorang SID Shaklee kak nina namanya. Beliau lah orang yang memperkenalkan saya dengan ESP. Setelah beliau menerangkan akan kebaikannya saya setuju untuk membeli. Alhamdulillah ESP banyak membantu beri saya tenaga masa menjaga afif dan iffah. Iffah tengah aktif memang agak mencabar juga menjaga dia. Dari ESP lah saya sudah JATUH CINTA dengan SHAKLEE.






Setelah saya mengamalkan ESP,tidak sampai sebulan saya terus daftar sebagai ahli. Niat mulanya tidak ingin berbisnes, tapi atas dorongan kak nina saya cuba juga. Tapi alhamdulillah bulan pertama join saya mendapat feedback yang positif dari kawan-kawan. Sehingga lah sekarang saya sudah menjana 4angka bersama SHAKLEE dan teamwork saya sendiri sudah berkembang luas serata Malaysia. Atas faktor ingin membantu suami alhamdulillah kini saya sudah ada pendapatan sendiri. Kerana ingin memberikan yang terbaik buat anak-anak saya cekalkan diri bersama SHAKLEE.. Hasilnya kini saya mampu tersenyum.

Panjang lebar bercerita, jadi di sini saya ingin memberi sedikit nasihat buat ibu2 di luar sana terutamanya yang tengah pergnant jangan lah malas makan ubat yang di berikan oleh doktor. Nanti jadi kes macam saya ni. Kalau tidak boleh telan ubat doktor, boleh ikhtiar dengan SET IBU HAMIL SHAKLEE. Jika anak anda menghidap jaundice kalau boleh elakkan lah makan jamu2 dan boleh ikhtiar dengan SET BERPANTANG SHAKLEE Maklumat lanjut boleh hubungi saya secara personal.

Salam ikhlas berjumpa lagi di entri akan datang. 

Untuk mendapatkan konsultasi dari saya sila hubungi 
PM FB : Shimaku

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...