Assalamualaikum,
Baru-baru ini ada pembaca blog yang tengah pregnant tanya
saya.
"Makan vitamin Shaklee ni, susu boleh keluar masa hari
pertama atau kedua tak?
"Masa anak sulung dulu susu saya langsung tak keluar
lepas bersalin. Baby asyik menangis je sebab lapar, sampai saya tak boleh tidur
langsung. Letih sangat-sangat. Saya pun terus bagi susu formula pada hari
pertama."
"Lepas beberapa hari, susu keluar tapi selalu tak
cukup. Pam pun cuma dapat 1 oz je. Terpaksa top-up dengan susu formula
juga."
Hmm..Ini lah soalan yang biasa ditanya oleh ibu-ibu yang
pernah menghadapi masalah dalam penyusuan.
Tapi, betul ke susu tak keluar sejurus selepas bersalin,
ataupun ini salah tanggapan semata-mata sebenarnya?
Sememangnya, ILMU PENYUSUAN adalah sangat penting dalam
menjayakan penyusuan susu ibu sepenuhnya.
Tanpa ilmu, kita cuma akan mengikut sahaja kata-kata orang
sekeliling (termasuk ibu bapa dan nurse), bila mereka kata baby menangis sebab
"lapar" dan "susu kita tak cukup".
Saya amat memahami keadaan ibu-ibu yang baru bersalin pada
masa ni, sebab saya sendiri pernah mengalaminya dulu. Sangat stress kan?
Jadi, untuk menangkis kata-kata dari orang-orang sekeliling
yang kurang ilmu penyusuan ni, jom kita fahami bagaimana keadaan perut baby
sejurus selepas kelahiran:-
Terkejut tak? Rupa-rupanya, pada hari pertama kelahiran,
perut bayi hanya sebesar guli!!
Dan bayi hanya perlukan 1 sudu teh susu ibu sahaja setiap
kali menyusu, bukannya 1 oz ye..
Ini pula maximum capacity perut bayi mengikut umur. Nampak
tak, pada hari ketiga pun, kapasiti perut bayi masih kurang dari 1 oz. Jadi,
biasanya berapa oz susu formula yang diberi kepada newborn? Sumber: KellyMom
Masa bersalinkan anak sulung saya (Iffah) dulu, pada hari
ke-3 Iffah terpaksa ditahan di wad kerana jaundice yang tinggi. Dengan keadaan letih, stress, sakit dan
sedih, saya sangka susu memang tak cukup, tapi saya tetap teruskan penyusuan. Sebab saya dah tanam dalam hati tak nak bagi susu formula.Tapi terpaksa bagi susu formula semasa dalam wad di sebabkan terikut kata nurse.
Sekarang barulah saya faham keadaan sebenar, dan rasa
sangat menyesal sebab tak cukupkan diri dengan ilmu penyusuan sebelum bersalin
dahulu.
Sebenarnya susu pada waktu awal kelahiran ni dikenali
sebagai 'colostrum' yang berwarna kuning dan sangat pekat. Colostrum ini lah
yang paling banyak khasiat untuk membina sistem pertahanan badan bayi di awal
kelahiran.
Alangkah ruginya jika kita mensia-siakan susu ibu anugerah
Allah ini, dengan menggantikannya dengan susu formula.
Jadi, sebenarnya cara terbaik adalah dengan terus memberi
bayi menyusu secara direct, bukannya dengan mengepam. Kecuali lah kalau ada
masalah lain yang menyebabkan anda langsung tidak dapat menyusu secara direct,
barulah anda patut mengepam.
Allah dah ciptakan komposisi susu ibu berubah mengikut umur
bayi. Jadi macam mana kita boleh pastikan susu formula yang komposisinya sama,
adalah sesuai untuk bayi kita sejak lahir hingga berumur setahun?
Kesimpulannya, ibu-ibu mesti mulakan penyusuan dalam tempoh
1 jam selepas bersalin. Teruskan menyusu walaupun anda letih, sakit dan rasa
macam tak keluar apa-apa. Kalau rasa sakit dan melecet, dapatkan nipple cream
yang ada dijual pasaran, seperti brand Medela.
Memang ada orang yang dikurniakan oleh Allah dengan rezeki
susu yang banyak pada hari pertama kelahiran bayi. Tapi kebanyakannya tidak
begitu, termasuk saya.
Tapi, dengan cara yang betul, InsyaAllah, semua ibu pasti
mampu menyusu bayi sepenuhnya tanpa perlukan tambahan susu formula.
Jadi, elakkan stress dan jangan berputus asa jika anda rasa
SUSAH dan LETIH. Ini kerana STRESS juga akan menghalang penghasilan susu ibu.
Banyakkan berdoa kepada Allah, dan sentiasa berfikiran
positive yang Allah akan cukupkan susu untuk bayi kita. Dapatkan bantuan dan
pandangan daripada mereka yang berpengalaman.
Percayalah, pengorbanan yang sedikit di awal kelahiran ini,
akan membuahkan kegembiraan yang tidak ternilai bila dapat melihat bayi kita
membesar dengan sihat dan bijak, hasil dari susu ibunya sendiri, InsyaAllah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan