Jumaat, 14 Februari 2014

HEALING CRISIS (KRISIS PENYEMBUHAN/PEMULIHAN) SHAKLEE

Apakah Krisis Pemulihan ( Healing Crisis)?

Mari sama-sama baca tentang healing crisis oleh Dr.Mary Ruth Swope dari Columbia University.


Krisis pemulihan ialah satu proses di mana badan seseorang melalui jangkamasa pembersihan dan pembinaan semula.sebagai sebahagian daripada proses pemulihan, badan seseorang akan mula menyingkirkan sisa toksik yang telah lama terkumpul dalam badan selama bertahun-tahun.

Semasa proses penyingkiran toksik, badan anda akan mengalami tanda-tanda dan gejala tidak selesa dan ini dikatakan sebagai krisi pemulihan. Dalam falsafah Perubatan cin, pemulihan yang sebenar perku sentiasa didahuli dengan krisis pemulihan.

Mengapa Terjadi Krisi Pemulihan Setelah Mengambil Supplement?

Menurut Profesor Yoshio Niwa, seorang pakar dalam nutrisi molekul mengatakan apabila seseorang mengambil supplement ke dalam diet, nutrien akan bertindakbalas dengan oksigen di dalam tubuh. Tindakbalas ini sebenarnya mengalakkan dan merangsang organ badan supaya bekerja lebih kuat untuk melakukan pembersihan, penghapusan, menggantikan tisu yang lama dengan tisu yang baru,pengimbangan dan sebagainya.

Contohnya,anda mungkin mengalami kulit ruam,lebih banyak pergerakan usus. Ini adalah tanda-tanda badan sedang mengalami detoksifikasi.

Bayangkan jika badan ada adalah seperti api besi berkarat dan apabila di masukkan ke dalam beberapa ejen karat atau pembersih paip. Pada permulaanya,lebih karat akan keluar dari dinding paik (toksik). Ia akan nampak lebih teruk kerana kotoran telah membanjiri paip. Tetapi apabila semua karat telah dibersihkan,paip akan menjadi cantik dan bersih semula.
  
Adakah Krisis Pemulihan Suatu Petanda Yang Baik?

Ya. Krisis pemulihan adalah suatu petanda yang menunjukkan bahawa rawatan atau supplement yang anda ambil sememangnya berkesan.Sesetengah orang mungkin fikir bahawa kesihatan mereka semakin teruk,tetapi sebaliknya ia adalah suatu proses penyembuhan semulajadi dan ia sememangnya satu petanda yang baik untuk bergerak ke arah proses penyembuhan yang sebenar.

Umumnya, krisis pemulihan hanya berlaku kepada orang yang sihat kerana ia menunjukkan bahawa kesihatan anda masih di tahap yang tinggi untuk membuat respons kepada perubahan biologi semasa proses penyembuhan. Walaubagaimana pun, apabila tidak ada krisi pemulihan berlaku, ia mungkin kerana samada tubuh anda sememangnya tiada toksin dan kesihatan anda di tahap yang paling optimum atau badan anda terlalu lemah dan tidak melalui proses penyembuhan.

Adakah semua orang mengalami tanda-tanda dan gejala yang sama semasa Krisis Pemulihan?

Semua orang berbeza. Sesetengah orang mengalami krisis pemulihan sejurus selepas pengambilan supplement sementara yang lain hanya akan berlau selepas satu atau dua bulan. Tahap keseriusan juga berbeza. Jika sistem badan lebih bertoksik maka anda akan mengalami krisi pemulihan yang lebih besar.

Secara umumnya berapa lamakah Proses Pemulihan akan berlaku?

Ia bergantung kepada keadaan kesihatan seseorang itu. Ia boleh berlaku selama 2-3hari atau 2-3bulan.

Kebanyakkan orang berasa lebih baik selepas pengambilan supplement, tetapi saya telah mengamalkan supplement untuk seketika dan saya tidak mengalami sebarang perbezaan. Mengapa ini terjadi??

Secara umumnya selepas 1-2 bulan pengambilan supplement, anda akan merasa beberapa perubahan seperti semakin bertenaga, pergerakan usus yang lebih bauk dan sebagainya. Jika anda tidak sedar akan peningkatan apa-apa, anda mungkin:

> Tidak mengambil dengan konsisten
> Tidak mengamalkan seperti dos yang disyorkan.
> Takut melalui krisis pemulihan yang teruk,jadi anda berhenti mengambil semuanya sekali gus.
> Gaya pemakanan dan gaya hidup yang tidak seimbang.
> Penyakit kronik- memerlukan tempoh yang lebih lama untuk pulih.
> Keadaan tubuh yang kronik.

Tanda Krisis Pemulihan dan Kemungkinan Punca

Tanda Krisis Penyembuhan
Kemungkinan Punca
Keletihan, berasa mengantuk

Tubuh berasid,Fungsi hati yang lemah, terlalu letih, memerlukan rehat yang lebih.
Sakit kepala,kepala berasa berat
Tekanan darah yang tinggi,tanda-tanda detoksifikasi
Demam, demam sedikit, keresahan
Metabolisma meningkat, merangsanag fungsi imun badan
Cirit-birit, kerap membuang air besar, najis berwarna gelap dan berbau,air kencing berbau busuk
Tanda detoksifikasi, sisa-sisa toksin terkumpul dalam kolon
Kembung, perut bergas
Sistem penghadaman yang lemah
Ruam, gatal kulit, peluh berbau busuk, rembesan mucus, kelemumur
Fungsi hati yang lemah, kesihatan kolon dan sstem penghapusan yang lemah
Pengeluaran lender seperyi kahak, hidung berair
Fungsi paru-paru yang lemah, keluar kahak juga adalah petanda bagi menyahtoksin
Hidung berdarah
Mungkin tanda anemia
Rasa sakit pada otot dan sendi                                 
Badan berasid, toksin terkumpul dibahagian yang sakit
Merasa lebih sakit di bahagian yang terjejas
Proses penyembuhan semakin cepat
Insomnia atau hiperaktif
Sistem saraf yang lemah
Haid tidak teratur, perubahan pada kitaran haid,gatal di bahagian punggung, semakin banyak mengeluarkan lendir
Ketidakseimbangan hormone, sedang memperbaiki hormon.
Pendarahan ketika membuang air besar
Mungkin buasir
Pening, lapar
Hipoglisemia (paras gula dalam darah yang rendah), anemia (tidak cukup darah merah)
Loya, sembelit, sedu
Sistem penghadaman lemah, masalah hati
Edema (membengkak)                                                                
Masalah buah pinggang

Bagaimanakah melalui Proses Pemulihan ini?

Pada jangka watu masa pemulihan ini minumlah air kosong yang banyak, rehat yang cukup dan makan buah-buahan serta sayur-sayuran yang banyak. Laluilah fasa ini dengan tenang. InsyaAllah anda akan memperolehi kesihatan yang lebih baik.


Untuk mendapatkan konsultasi dari saya sila hubungi 
PM FB : Shimaku


Sabtu, 1 Februari 2014

VITA-LEA IRON FORMULA


Perbezaan Multivitamin Shaklee dengan Suplemen Lain:
---------------------------------------------------

Vita-Lea Shaklee adalah multi-vitamin dan mineral yang pertama dicipta di dunia. Asalnya dikenali sebagai “Vitalize-Mineral” dan disingkatkan sebutan kepada “Vita-min”, dan perkataan vitamin yang disebut kini asalnya dari Shaklee. Peningkatan teknologi telah mengubah bentuknya dari cecair (90 tahun dahulu) kepada bentuk tablet yang dikenali sebagai Vita-Lea. Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana disarankan oleh RDA. Ia diformulasikan secara komprehensif dan sangat seimbang.


Tablet "Vita-Lea" ini disaluti dengan serbuk nutrisi – spirulina. Ia dihasilkan dengan kaedah yang terkini dan teknologi eksplosif yang kompleks, disebut sebagai “Explo-tab”. Ia merupakan tablet multi-vitamin yang paling pantas di dunia terlarut dalam air dan juga tubuh manusia. Mineral yang terkandung di dalamnya mudah berintegrasi dengan protin untuk penyerapan yang pantas oleh usus kecil.


Ujian klinikal telah membuktikan dengan pengambilan Vita-Lea Shaklee selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%.Vita-Lea telah dipilih oleh Center for Science di Amerika Syarikat sebagai THE BEST MULTI-VITAMIN di dalam Public Interest pada tahun 2000.


Manfaat Utama:

> Penambahan Tenaga Segera – pemberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental, sekaligus membantu system memori dan focus dalam aspek pembelajaran mahupun kerja seharian.

> Pelengkap Nutrisi – Kekurangan pelbagai vitamin dan mineral penting akibat amalan diet yang tidak seimbang, terutamanya mereka yang mengamalkan sayuran (vegetarian) dan anaemia.

> Keupayaan Sistem Produktif – Penting kepada kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar.
 > Metabolisma – Sangat membantu dalam stimulasi metabolism dan melambatkan proses penuaan.

> Elemen Penting Pada Sel Tubuh – Menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormone, serta menjaga kesihatan tirod.

> Melindungi Organ – Melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati.

Promosi Februari (Beli 6 Percuma 1)
Berita baik buat anda... Sekarang Shaklee tengah mengadakan promosi Beli 6 Percuma 1 untuk produk VITA-LEA...

Segera dapatkan sekarang... Dapatkan dahulu konsultansi untuk permasalahan anda sebelum membeli produk ini...

Untuk mendapatkan konsultasi dari saya sila hubungi 
PM FB : Shimaku
Disclaimer:- These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

BAHAYA KEKURANGAN ZAT BESI

RASA letih, tidak sihat, emosi mudah terganggu dan tubuh lemah sering berlaku pada kebanyakan wanita mengandung hingga mereka terlepas pandang dan menganggap ia perkara normal sehingga ia tidak diberikan perhatian serius.
Mereka mengabaikan gejala yang dialami kerana menganggap semua itu adalah kesan akibat perubahan hormon dalam badan, namun sebenarnya bagi seorang daripada tiga wanita, masalah terbabit boleh menandakan gangguan yang lebih serius iaitu anemia atau kekurangan sel darah merah akibat tidak mendapat zat besi secukupnya. 
Memandangkan seorang daripada tiga wanita mengandung mengalami masalah kekurangan zat besi, keadaan itu lebih lazim berlaku daripada yang disangka. 

Walaupun masalah kesihatan itu bukan normal, tetapi ia sering tidak diperiksa atau dirawat menyebabkan ramai ibu dan bayi mengalami kesan kesihatan dalam jangka panjang.
Pakar Obstetrik dan Ginekologi Hospital Pantai Kuala Lumpur, Dr Premitha Damodaran, berkata ramai masih tidak tahu masalah kekurangan zat besi yang serius adalah merbahaya dan ia boleh menyebabkan masalah kesihatan serius bukan saja kepada ibu, tetapi turut memberi kesan pada bayi yang dikandungnya.

Beliau berkata, wanita bukan saja perlu mengambil zat besi yang cukup semasa mengandung, tetapi ia juga penting sebelum proses mendapatkan zuriat. Kepentingan zat besi semakin bertambah selepas melahirkan anak dan sepanjang tempoh menyusukan anak.

“Zat besi adalah komponen utama dalam sel darah merah yang menghantar oksigen ke seluruh badan untuk memastikan kelangsungan hidup.

“Oleh itu, wanita yang menghadapi risiko anemia perlu merancang dan menjaga diri ketika hamil serta selepas melahirkan anak dengan mengawasi kandungan darah mereka.

“Apabila bilangan sel darah merah kurang daripada normal (12 hingga 15mg/dl) wanita menghadapi risiko mengalami jenis anemia yang paling umum iaitu anemia kekurangan zat besi,” katanya.

Menurutnya, kekurangan zat besi dalam badan berpunca daripada diet yang tidak cukup zat besi, penyerapan rendah oleh badan, kesan sampingan ubat tertentu, keadaan genetik, kehilangan darah teruk dan kehamilan.

Wanita hamil memerlukan zat besi tambahan untuk menghasilkan lebih banyak darah bagi menyokong keperluan khasiat pemakanan diri sendiri dan juga tumbesaran bayi mereka.

Katanya, dianggarkan wanita memerlukan kira-kira 50 peratus lebih banyak zat besi ketika hamil iaitu pertambahan jumlah daripada 15mg/dl kepada 27mg/dl sehari.

“Malangnya, ramai wanita memulakan kehamilan tanpa mempunyai simpanan zat besi secukupnya untuk memenuhi permintaan lebih tinggi badan terhadap mineral itu, menyebabkan anemia kekurangan zat besi yang berlanjutan berlaku sehingga selepas melahirkan anak,” katanya.

Antara wanita yang berisiko mengalami anemia kekurangan zat besi selepas bersalin ialah:

·  Wanita yang disahkan menghidap anemia kekurangan besi semasa hamil

·  Wanita yang mengalami kehilangan darah berlebihan semasa melahirkan anak

·  Wanita yang sudah beberapa kali melahirkan anak

·  Ibu yang menyusukan bayinya


Bagaimana hendak mengetahui jika seseorang wanita itu mengalami anemia? Antara gejala anemia yang sering dilaporkan ialah pucat, letih, lesu, sesak nafas dan jantung berdegup laju.

Katanya, anemia ketika hamil dan selepas melahirkan anak sering dikaitkan dengan komplikasi kehamilan yang serius seperti keguguran, kelahiran pramatang, saiz bayi yang kecil, koma dan paling membimbangkan ialah kemungkinan ibu meninggal dunia.

Anemia ketika hamil boleh dikesan dengan penentuan tahap hemoglobin dalam darah melalui ujian darah. 

Sebelum merancang untuk mengandung, wanita juga digalakkan berjumpa doktor dan menilai tahap hemoglobin dalam darah namun malangnya, kebanyakan wanita hanya berjumpa doktor apabila sudah mengandung dan ketika ujian darah dijalankan, mereka sudah pun didapati mengalami anemia ringan.

Wanita hamil yang mempunyai kepekatan darah lebih 11g/dl adalah normal manakala yang mencatat 9 hingga 11g/dl menunjukkan masalah anemia ringan, 7 hingga 8.9g/dl pula anemia sederhana dan bacaan kurang daripada 7.0 mengalami masalah anemia tahap teruk.

Dalam keadaan lebih serius, rawatan perubatan diperlukan memandangkan kumpulan wanita hamil itu menghadapi risiko kelahiran bayi pramatang dan mendapatkan bayi dengan berat badan rendah ketika dilahirkan.

Menurut Dr Premitha, tahap keterukan dan punca anemia menentukan terapi yang akan disyorkan oleh doktor, selain pesakit perlu membuat serba sedikit perubahan gaya hidup dan pemakanan. 

Bagi menambah bekalan zat besi ketika proses mendapatkan zuriat, semasa hamil dan menyusukan bayi, Dr Premitha menyarankan meningkatkan pengambilan makanan kaya zat besi seperti ayam, sayur berdaun hijau, kekacang, hati, bijirin penuh, buah-buahan kering seperti prun dan kismis, kekacang, tembikai, labu, bijan dan tauhu. 

“Dalam kebanyakan kes, doktor mengesyorkan pil zat besi tambahan untuk merawat anemia. Pilih rumusan besi yang boleh diterima oleh badan kerana ia penting untuk memulihkan kekurangan hemoglobin dan mengoptimumkan penyerapan zat besi, membantu wanita menangani anemia semasa hamil dan juga mengurangkan kesan sampingan seperti sembelit. 

“Wanita yang menghadapi risiko anemia juga boleh mempertimbangkan pilihan zat besi tambahan dengan salutan perasa untuk melindungi rasa logam,” katanya.

Selain itu, bagi meningkatkan keberkesanan terapi zat besi, ibu disyorkan mengambil zat besi, folat, kuprum dan zink tambahan bersama makanan untuk mengurangkan kesan rencatan. 

Vitamin C tambahan disyorkan diambil bersama makanan kerana diketahui meningkatkan serapan zat besi manakala teh dan kopi mengurangkan serapan zat besi jika diambil satu atau dua jam sebelum mengambil zat besi tambahan. 

Kalsium tambahan pula disyorkan diambil secara berasingan daripada zat besi, contohnya sebelum tidur, untuk mengurangkan rencatan kepada penyerapan zat besi. 

Menurut Dr Premitha, wanita perlu terus mengambil makanan kaya dengan zat besi dan pemakanan tambahan sehingga mereka berhenti menyusukan bayi atau selama enam bulan selepas melahirkan anak, yang mana lebih lewat.

Katanya, dalam kes anemia serius dan mengancam nyawa, wanita mungkin perlu dimasukkan ke hospital, diberikan pemindahan darah atau suntikan zat besi.

“Wanita hendaklah sentiasa memastikan kesihatan mereka dengan melakukan ujian darah apabila merancang untuk hamil, semasa hamil dan empat hingga enam minggu selepas melahirkan anak.

“Mereka boleh mengekalkan kecergasan masing-masing dengan mengambil jumlah zat besi yang secukupnya daripada makanan dan pemakanan tambahan yang membantu meningkatkan paras hemoglobin darah.

“Mereka dinasihatkan mendapatkan bantuan perubatan serta-merta jika terdapat simptom kekurangan zat besi,” katanya.


Memahami anemia dan kehamilan

Wanita hamil memerlukan 50 peratus lebih banyak zat besi.

Golongan berisiko adalah wanita yang pernah disahkan menghidap anemia ketika kehamilan terdahulu, pernah mengalami kehilangan darah berlebihan semasa melahirkan anak, wanita yang sudah melahirkan anak beberapa kali dan ibu yang sedang menyusukan bayi.

Gejala dan kesan anemia terhadap kehamilan

Gejala anemia adalah pucat, letih, lesu, sesak nafas dan jantung berdegup laju.
Risiko keguguran, kelahiran pramatang, bayi kecil, koma serta peningkatan kebarangkalian ibu meninggal dunia.


Pengesanan

Pemeriksaan di klinik atau hospital untuk menentukan tahap hemoglobin dalam badan melalui ujian darah. 

Sebelum merancang untuk mengandung, wanita digalakkan bertemu doktor dan menilai tahap hemoglobin dalam badan mereka. 

Pencegahan dan rawatan Meningkatkan pengambilan makanan kaya zat besi seperti ayam, sayur daun hijau, kekacang, hati, bijirin penuh, buah-buahan kering seperti prun dan kismis, kekacang, tembikai dan labu, bijan dan tauhu.

Dalam kebanyakan kes, doktor mengesyorkan pil zat besi tambahan untuk merawat anemia.


Untuk mendapatkan konsultasi dari saya sila hubungi 
PM FB : Shimaku
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...