Isnin, 7 April 2014

PENGALAMAN BERSAMA MEALSHAKE DAN OMEGA GUARD

Lepas solat duhah tetiba idea datang nak kongsi dalam blog ni. Kali ni saya nak bercerita pengalaman bersama mealshake SHAKLEE pula. Alkisahnya bermula bila anak saya yang 1st Nur Iffah Nawwarah sering sangat demam,selesma dan batuk. Sejak iffah admit ward masa umur 8bulan sebab demam panas sampai 40,lelah dan jangkitan kuman dalam darah. Sejak dari ni dia sering je menghidap 3 penyakit ni..bulan2 mesti kena... Susah hati bila dia sakit,sebab Ya Allah punya lah cerewet, nak berdukung je.

Macam ni la keadaanya bila warded memang lemah dan kesian.. Tangan bercucuk2, sian budak debab ni.



Alkisah bila dah sembuh dan keluar wad, tiap bulan memang dia akan sakit. Jadi bila dah kenal SHAKLEE saya mula tanya leader saya kak nina apa yang sesuai untuk masalah iffah ni. Kak nina cadangkan saya bagi MEALSHAKE. Tanpa ragu2 saya terus order dah start bagi iffah minum. Alhamdulillah dengan izin-NYA... sejak ambil mealshake saya perasan iffah memang tidak demam lagi. Syukur sebab bertemu dengan penyelesaian anak saya ni. Kalau tidak memang iffah akan bergantung dengan ubat demam yang kita sendiri sedia maklum bahawa ubat2an ni tidak elok.



Alhamdulillah iffah kini dah berusia 2tahun 10bulan, memang sangat aktif dan sihat. Sekarang ni saya bagi dia minum mealshake dan omega guard untuk perkembangan otak dengan baik.




Apa kata jom kita berkenalan dengan MEALSHAKE dan OMEGA GUARD yang banyak membantu kesihatan anak saya pada hari ini.


ღ MEALSHAKE (544GRAM)
----------------------
➊ Nutrisi Lengkap – Menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu. Kekurangan pengambilan zat boleh menyukarkan kadar serapan vitamin dan mineral oleh tubuh kita. Ia turut mengandungi lesitin soya yang bekerjasama dengan vitamin larut lemak
➋ Membekal Nutrisi kepada Sel Tubuh – Kaya dengan protin (tidak mengandungi laktosa), membantu pembinaan sel-sel kulit, kuku, rambut, organ, darah, imun dan lain-lain
➌ Membantu Tumbesaran – Mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel untuk proses membesar
➍ Kelazatan Rasanya – Minuman yang lazat untuk diambil bersama fruktos semulajadi; penggantian segera terhadap kekurangan vitamin, mineral dan juga tenaga. Tidak mengandungi sebarang pewarna dan gula tiruan. Lazat untuk dinikmati oleh semua golongan.


ღ OMEGAGUARD (90 BIJI)
---------------------
➊ Manfaat Omega Guard untuk pelajar ialah kandungan DHA meningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran dan mencegah migrain
➋ Manfaat Omega Guard Shaklee untuk kanak-kanak ialah meningkatkan sistem imun tubuh kanak-kanak (selesema, demam kurang inshaALLAH)
➌ Disyorkan untuk kanak-kanak hyperactive dan autism
➍ Membantu mengurangkan/mengawal masalah eczema
➎ DHA dan EPA yang terkandung dalam omegaguard penting untuk perkembangan minda kanak-kanak
➏ Omega guard boleh diberikan kepada kanak-kanak setahun ke atas dengan dos minimum iaitu satu kapsul sehari. Pengambilan juga tidak perlu setiap hari dan boleh diselangselikan.



Jadi ibu-ibu di luar sana jika anak anda sering menghidap demam,asma,batuk dan selesma. Mari lah berikhtiar dengan Mealshake SHAKLEE dan OMEGA GUARD. InshaAllah dengan izin-NYA hidup anak anda akan lebih sihat dan aktif. 




Untuk mendapatkan konsultasi dari saya sila hubungi 
PM FB : Shimaku
FB Page : Nutrisi Cantik Dan Sihat 

Disclaimer:- These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

ESP BUAT HATI JATUH CINTA

Assalamualaikum,salam sejahtera moga kalian semua sentiasa dalam redha Allah...
Dah lama rasanya saya tidak mencoretkan apa-apa dalam blog saya ni. Entri kali ni saya nak bercerita pengalaman melahirkan anak kedua saya. Bila pregnant benda yang paling saya tak suka telan ubat-ubatan yang di bekalkan oleh klinik, sebabnya saya memang tak boleh hidu bau ubat-ubat tu. Rasa nak muntah di buatnya. Masa ni saya belum kenal dengan SHAKLEE lagi, tak tahu apa pun. Pregnant kali kedua ni saya jarang makan ubat yang di bagi,minum susu pun kadang-kadang.

Sehinggalah usia kandungan 36minggu 5hari bila buat pemeriksaan rutin dan scan baby, doktor sahkan baby saya ada sedikit masalah yakni baby di sahkan IUGR (perkembangan baby terbantut). Doktor kata berat si baby dia estimet 2.2kg je tidak sama dengan usia kandungan. Bila dah jadi macam ni doktor terus minta saya refer di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah,Temerloh Pahang (HOSHAS. Jika perlu mungkin saya akan di minta melahirkan awal. Masa ni memang agak kalut jugalah, persediaan baby baru je plan nak beli esok hari sebab masa tu suami da apply cuti untuk temankan saya beli barang keperluan baby. Di pendekkan cerita so kami bergegas je beli apa yang patut dan saya just packing baju-baju anak yang 1st. Kebetulan pulak doktor kata bakal baby perempuan. Masa ni juga saya belum lagi beli sebarang produk untuk berpantang, kerana saya masih lagi mencari yang sesuai. Pantang anak yg 1st saya berpantang dengan produk HPA,tapi tidak dapat makan sebab baby yang 1st menghidap jaundice. So jamu memang kena tolak tepi.

Mujur anak yang 1st ada mak mertua yang jaga,so senang la kerja sikit. Sebaik tiba di HOSHAS saya di minta buat pemeriksaan semula. Pakar kata saya kena tunggu sehingga baby cukup 37minggu. So start la saya berkampung di wad bersalin. Hari Jumaat 22hb saya di masukkan ubat untuk di paksa bersalin. Sakit memang tak boleh nak kata lah. Alhamdulillah saya selamat melahirkan baby boy pada 23.2.2013, berat baby hanya 2.25kg sama seperti yang doktor estimate. Lengkaplah sepasang cahaya mata kami. Baby kedua ni kami namakan Muhammad Irsyad Afif.


Afif lahir tiada sebarang komplikasi cuma malangnya dia menghidap hypoglycemia (kurang gula). Terpaksa lagi berkampung di NICU sehingga bacaan gula afif normal. Alhamdulillah 2hari je warded dah boleh discharge. Balik rumah hanya 2hari, sekali lagi afif kena warded sebab menghidap jaundice yang sangat tinggi. Ya Allah, masa warded afif kena masukkn drip. Hanya tuhan yang tahu macamana luluhnya hati saya melihat si baby yang kecil di cucuk dengan jarum yang besar. Air mata dengan murahnya mengalir tanpa di minta. Baby juga kena letak bawah lampu biru bukan 1 tapi 3lampu sekaligus. Macam ni la rupa si kecil masa di letak bawah lampu biru. Sedih melihatnya, 5hari di bawah lampu memang kulit dia jadi terbakar dan mengelupas.


Selepas 5hari warded kami dah boleh discharge. Tapi masih kena berulang ke hospital untuk check tsb. Memang pengalaman anak kedua ni sangat mencabar sebab kami terpaksa berulang alik hospital, mujur lah rumah dekat. 3x baby yang 2nd ni terpaksa warded sebab bacaan jaundice dia asyik2 meningkat. Pernah juga baby kena puasa 6jam, sebab doktor nak scan hati dia kalau-kalau ada masalah. Masa ni lagi sangat mencabar sebab baby tak dapat menyusu,memang meraung2 la dia sebab kelaparan. Kalau mak mertua dan mak saya tiada memang saya tidak kuat untuk hadapinya. Alhamdulillah, masa scan hati baby syukur tiada sebarang masalah. Lama juga Afif baru bebas dari jaundis, 2bulan. Sepanjang tempoh ni memang sentiasa kami kena berulang ke hospital, tangan si kecil pun dah berbekas2 dan biru2 dek kerana kerap sangat di ambil darah. Masa ni memang saya tidak makan sebarang set berpantang, makan memang saya sangat2 jaga. Risaukan baby sehingga tidak fikir akan diri sendiri. Berpantang ala kadar sahaja.

Sehingga lah suatu hari saya berkenalan dengan seorang SID Shaklee kak nina namanya. Beliau lah orang yang memperkenalkan saya dengan ESP. Setelah beliau menerangkan akan kebaikannya saya setuju untuk membeli. Alhamdulillah ESP banyak membantu beri saya tenaga masa menjaga afif dan iffah. Iffah tengah aktif memang agak mencabar juga menjaga dia. Dari ESP lah saya sudah JATUH CINTA dengan SHAKLEE.






Setelah saya mengamalkan ESP,tidak sampai sebulan saya terus daftar sebagai ahli. Niat mulanya tidak ingin berbisnes, tapi atas dorongan kak nina saya cuba juga. Tapi alhamdulillah bulan pertama join saya mendapat feedback yang positif dari kawan-kawan. Sehingga lah sekarang saya sudah menjana 4angka bersama SHAKLEE dan teamwork saya sendiri sudah berkembang luas serata Malaysia. Atas faktor ingin membantu suami alhamdulillah kini saya sudah ada pendapatan sendiri. Kerana ingin memberikan yang terbaik buat anak-anak saya cekalkan diri bersama SHAKLEE.. Hasilnya kini saya mampu tersenyum.

Panjang lebar bercerita, jadi di sini saya ingin memberi sedikit nasihat buat ibu2 di luar sana terutamanya yang tengah pergnant jangan lah malas makan ubat yang di berikan oleh doktor. Nanti jadi kes macam saya ni. Kalau tidak boleh telan ubat doktor, boleh ikhtiar dengan SET IBU HAMIL SHAKLEE. Jika anak anda menghidap jaundice kalau boleh elakkan lah makan jamu2 dan boleh ikhtiar dengan SET BERPANTANG SHAKLEE Maklumat lanjut boleh hubungi saya secara personal.

Salam ikhlas berjumpa lagi di entri akan datang. 

Untuk mendapatkan konsultasi dari saya sila hubungi 
PM FB : Shimaku

Sabtu, 5 April 2014

GET CLEAN HOME CARE SYSTEM SHAKLEE

Bila sebut shaklee je mesti ramai fikir pasai supplements je kan??? saya pun dulu macam tu tapi bila dah daftar sebagai ahli shaklee baru lah saya tahu sebenarnya shaklee ada macam-macam jenis produk selain supplements contohnya "Get Clean Home Cara System" ni... selain itu, shaklee jgk ada produk2 seperti "Hair Care System", "Get Clean Water" dan Skin Care Set.

Entri kalu ini saya nak cerita mengenai "Get Clean Home Care System" . Dalam sistem ini shaklee menawarkan 4 jenis barangan penjagaan rumah yg menarik... iaitu Basic-H Organic Super Cleansing Concentrate, Dishwash Concentrate, Fresh Laundry Concentrate and Soft Fabric Concentrate. Apa yg menarik mengenai keempat2 produk yg terdapat dalam "Get Clean Home Care System"?


Basic-H Organic Super Cleansing Concentrate


Basic H²™ Organic Super Cleaning Concentrate yang dua kali ganda lebih pekat ini memberi kuasa pembersihan yang lebih selamat dan berkesan sesuai digunakan bagi menangani seribu macam jenis kotoran rumah yang boleh digunakan pada bila-bila masa. Sebagai contohnya, bagi membersihkan kesan susu tertumpah di baju, bangkai serangga yang terlekat pada tingkap dan sos yang tertumpah di lantai. Itu hanya tiga daripadanya, masih terdapat 997 cara penggunaan yang lain.

Sesuai untuk membersihkan seribu macam jenis kotoran dirumah
  • Kepekatan berganda dimana 16oz boleh dicairkan dengan 48gelen air mampu memberi kuasa pembersihan yang hebat dan berkesan
  • Pencuci serbaguna yang berkesan untuk menanggalkan kotoran dan minyak pada sebarang permukaan yang boleh dicuci tidak kira dalam atau diluar rumah
  • Dapat menanggalkan kotaran berminyak yang paling degil tanpa meninggalkan sebarang kesan berminyak lagi
  • Dua kali ganda lebih pekat daripada rumusan asal Basic-H dan hanya separuh diperlukan untuk muatan yang sama
  • Tidak perlu dibilas dan tidak meninggalkan sebarang kesan sabun atau palitan.

Sesuai untuk sebarang permukaan yang boleh dicuci sama ada di dalam atau diluar rumah
  • Permukaan jubin, lantai,dapur
  • Peralatan
  • Periuk, besen, pinggan dan mangkuk
  • Tingkap dan cermin
  • Perkakas
  • Barang-barang yang diperbuat daripada kayu
  • Perabot (sila pastikan anda tidak menggunakannya untuk membersihkan akuarium)

Tahukah anda?
Kebanyakan bahan pencuci serbaguna mengandungi toksin yang boleh meresap ke dalam badan melalui kulit atau sistem pernafasan. Bahan pelarut sintetik boleh mengganggu keseimbangan hormon. Bahan pelarut organik seperti butyl cellosolve merupakan sejenis neurotoksin dan bahan yang merengsakan hidung. Morfolin merupakan bahan toksin yang boleh merosakkan hati dan ginjal. Ammonia yang terkandung dalam bahan pencuci kaca merupakan sejenis bahan racun yang merengsakan kulit, mata dan sistem pernafasan.
Pekatan Pencuci Super Organik BASIC H² tidak mengandungi bahan-bahan di atas mahupun bahan-bahan berbahaya yang lain.


Perbezaan Shaklee dengan produk lain
           Selamat
  • Tiada toksik
  • Tanpa gas beracun
  • Tanpa bahan kimia berbahaya
  • Tanpa bahan pewangi
  • Lembut pada tangan
  • pH seimbang
  • Tanpa klorin

           Berkesan
  • Berkesan untuk menanggalkan kotoran berminyak
  • Kepekatan berganda - 16oz boleh dicairkan dengan 48gelen air
  • Dua kali ganda lebih pekat daripada rumusan asal Basic H di mana hanya separuh diperlukan untuk muatan yang sama

          Mesra Alam
  • Rumusan semulajadi yang diekstrak daripada jagung dan kelapa
  • Biorosot
  • Tanpa fosfat
  • Bungkusan yang boleh dikitar semula
  • Tanpa bahan pewarna
  • Selamat untuk sistem septik dan pembentungan

                                                                      Dish Wash Concentrate


Handal menanggalkan minyak dan kotoran pada pinggan mangkuk dengan cucian tangan
Jika kami sering mengatakan yang pencuci wangian pinggan mangkuk kami lembut pada tangan dan mesra pada alam sekitar mungkin anda fikirkan ianya tidak mudah menanggalkan kotoran pada pinggan mangkuk anda. Tetapi percayalah anda hanya memerlukan beberapa titisan sahaja untuk menanggalkan minyak n kotoran yang melekit pada pinggang mangkuk anda!


Get Clean Dish Wash ternyata
  • Lembut pada tangan
  • Semulajadi, berasaskan tumbuh-tumbuhan
  • Tahan lama kerana kepekatannya
  • Menjadikan pinggang mangkuk bersih berkilau
  • Hanya dengan beberapa titisan sahaja dapat mencuci beberapa timbunan pinggang mangkuk di dalam sinki!


Tahukah anda?
Sesetengah pencuci pinggan mangkuk mengandungi sukfraktan yang berasaskan petroleum dan bahan pencuci seperti Diethanolamine dan sodium dedecylbenzensulfonate. Kedua2 kandungan tersebut boleh merensakan kulit dan mata. Dish Wash Concentrate tidak mengandungi bahan-bahan tersebut mahupun bahan-bahan berbahaya yang lain. 



Perbezaan Shaklee dengan produk lain

          Selamat
  • Tidak bertoksik
  • Hipoalergenik
  • Tanpa klorin
  • Lembut pada tangan
  • pH seimbang
  • Tanpa bahan kimia berbahaya
          Berkesan
  • Amat berkesan menanggalkan kotoran berminyak
  • Formula pekatan yang hanya sedikit diperlukan untuk mencuci pinggang mangkuk yang lebih banyak
  • Biuh sabun yang lebih tahan lama

         Mesra alam
  • Ramuan semulajadi yang diekstrak daripada jagung dan kelapa
  • Biorosot
  • Tanpa fosfat
  • Bungkusan boleh dikitar semula
  • Tanpa bahan pewarna
  • Selamat untuk sistem septik dan pembetungan


                                                            Fresh Laundry Concentrate 



Dapatkah anda bayangkan betapa seronoknya jika hasil cucian kelihatan putih, bersih dan berbau harum?Kini, Fresh Laundry akan memberi anda nikmat kesegaran yang lebih lagi. Rumusan enzim semulajadi ini bukan sahaja berkesan untuk membersihkan pakaian, malah juga tidak meninggalkan sebarang kesan buruk terhadap bumi, Selain berbau keharuman pakaian yang dicuci, anda juga mampu menghidu udara yang bersih dan nyaman.


Tahukah anda?

Kebanyakkan serbuk pencuci mengandungi bahan perensa yang boleh meresap ke dalam badan melalui kulit atau sistem pernafasan dan mengakibatkan reaksi alahan? Triethanolamine dodecylbenzenesulfonate merupakan salah satu jenis bahan perensa yang disenaraikan oleh EPA (Pertubuhan Pemuliharaan Alam Sekitar Amerika) sebagai bahan berbahaya. Bersentuhan dengannya mampu menyebabkan kerensaan atau kesan terbakar pada kulit dan mata manakala sentiasa terdedah pada bahan ini pula akan merensakan hidung, kerongkong dan paru-paru seterusnya embawa kepada masalah batuk, asma atau sesak nafas. Kulit yant bersentuhan dengannya akan menjadi kering, gatal dan mengakibatkan masalah alergi kronik dan ruam. Fresh Laundry Concentrate tidak mengandungi bahan-bahan tersebut mahupun bahan-bahan berbahaya yang lain.


Perbezaan Shaklee

          Selamat
  • Hypoalergenik
  • Tanpa klorin
  • Sesuai digunakan untuk semua fabrik 
  • Tanpa bahan kimia berbahaya

          Berkesan
  • Berkepakatan tinggi
  • 1oz sudah memadai untuk cucian muatan sederhana
  • Keberkesanannya yang sama dengan semua jenis suhu sama ada air sejuk atau panas
  • Menjadikan pakaian putih dan pakaian berwarna lebih cerah berseri

          Mesra Alam
  • Ramuan semulajadi yang mesra alam
  • Sukfaktan yang bersifat biorosot
  • Tanpa fosfat, borat dan nitrat
  • Tanpa bahan pewarna
  • Bungkusan yang boleh dikitar semula
  • Selamat untuk sistem septik dan pembentungan

                                                             Soft Fabric Concentrate


Pekatan pelembut fabric jenama shaklee ini berbau harum, jauh lebih berkesan daripada produk lain dalam mengelakkan pakaian daripada berkedut atau melekat pada badan akibat kesan statik. Dengan rumusan kepekatan tinggi, ia bukan sahaja lebih menjimatkan malah anda dapat merasai perbezaannya dengan sentuhan.
  • Berkepekatan tinggi iaitu 32oz berupaya melembutkan 64cucian
  • Melembutkan, mengurangkan kedut, dan mengawal pelekat statik dengan semulajadi
  • Mudah dibawa, dituang dan disimpan

Perbezaan Shaklee

          Selamat 
  • Tidak bertoksik
  • Sesuai untuk semua jenis fabrik
  • Tanpa bahan kimia berbahaya
  • Tanpa gas beracun
  • pH seimbang

          Berkesan
  • Berkepekatan tinggi 32oz berupaya mencuci 64cucian
  • Hanya 1/2 oz diperlukan untuk setiap cucian
  • Kurangkan kedutan dan kesan statik

          Mesra Alam
  • Ramuan Semulajadi
  • Tanpa fosfat
  • Tanpa bahan pewarna
  • Bungkusan yang boleh dikitar semula
  • Selamat untuk sistem septik dan pembentungan


Petua Berguna

Gunakan "Soft Fabric Concentrate" untuk cucian dengan mesin basuh. Ia boleh menjadikan pakaian lebih lembut berbanding sebelumnya dan mengelakkan pakaian daripada berkedut atau melekat pada badan.


Untuk mendapatkan konsultasi dari saya sila hubungi 
PM FB : Shimaku
Disclaimer:- These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

Rabu, 2 April 2014

OSTEMATRIX SHAKLEE

Kalsium adalah mineral yang amat penting bagi manusia, antara lain bagi metabolisme tubuh, penghubung antar saraf, kerja jantung, dan pergerakan otot.

Setelah umur 20 tahun, tubuh manusia akan mulai mengalami kekurangan kalsium sebanyak 1% per tahun. Dan setelah umur 50 tahun, jumlah kandungan kalsium dalam tubuh akan menyusut sebanyak 30%. Kehilangan akan mencapai 50% ketika mencapai umur 70 tahun dan seterusnya mengalami masalah kekurangan kalsium.





Berapa banyakkah keperluan kalsium untuk setiap individu?? Sila rujuk carta di bawah

    PEREMPUAN 

   LELAKI

Secara kasar, wanita memerlukan lebih kalsium berbanding lelaki. Wanita remaja memerlukan kalsium yang cukup untuk menguatkan tulang mereka di samping membantu mengawal osteoporosis semasa mereka semakin meningkat dewasa. Wanita asia yang mempunyai struktur badan yang lebih kecil dan ketumpatan tulang yang rendah lebih berrisiko tinggi menghidapi osteoporosis. Masalah yang dihadapi dengan kalsium ialah kadar penyerapannya yang agak rendah. Sebenarnya badan kita hanya memerlukan 150mg kalsium sehari, tetapi memerlukan pengambilan sehingga 10x ganda daripada jumlah tersebut.

Sumber utama kalsium datang nya dari susu, namun sesetengah orang tidak dapat menelan susu, antara sebabnya loya atau kembung. Lantaran itu SHAKLEE ada mengeluarkan sejenis pil kalsium iaitu OSTEMATRIX. Jom kita berkenalan dengan pil ini.



Shaklee Ostematrix Membekalkan :

1) 1000mg (100% Pengambilan Harian) unsur Kalsium  daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semulajadi.
2) 400mg (100% Pengambilan Harian) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya.
3) 400IU (100% Pengambilan Harian ) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium.

Dengan Kalsium Ostematrix dari Shaklee, anda bukan sahaja mendapat kelebihan dari 
Kalsium, tetapi lebih dari itu.


Kalsium Shaklee Ostematrix adalah Kalsium Terbaik di Malaysia.
Antara faedah-faedah yang boleh didapati daripada pengambilan Pil Kalsium Ostematrix Shaklee adalah :

1) Membina tulang dan gigi yang kuat.
2) Membantu mengekalkan tekanan darah yang normal.
3) Membantu dalam pengecutan otot dan pelancaran saraf.
4) Membantu mengurangkan simptom-simptom senggugut (PMS) seperti perut kembung (Bloating), kekejangan (Cramps), retensi air(water retention), mudah meradang(irritability) dan kemurungan(moodiness).
5) Membantu proses penyimpanan dan pelepasan  sesetengah hormon.
6) Membantu perkembangan tubuh badan normal.
7) Merendahkan kandungan fosfat bagi mereka yang mengidap penyakit buah pinggan kronik.


Testimoni Pengguna Ostematrix











KESIMPULANNYA

Jika anda adalah seorang yang mudah STRESS, mudah kejang, ada masalah water retention, sembelit dan pra haid, pastikan anda memberi peluang diri anda mengubah nasib anda denganOstematrix.
Jika anda seoarang pengidap BUASIR tegar dan sering mengalami kesakitan atau sembelit setiapkali membuang air besar,Ostematrix menbantu anda dari terus dibelenggu kisah Ngeri itu.
Jika anda seorang yang bekerja dan sering KELETIHAN,ostematrix antara jawapan terbaik membantu anda kekal bertenaga dan bersemangat!
Jika anda seorang IBU MENGANDUNG, ostematrixmembantu mengelakkan kekejangan dan sakit tulang belakang.
Jika anda seorang IBU YANG MENYUSUKAN anak,ostematrix membantu pengeluaran susu anda dengan lebih baik provided prinsip utama penyusuan diamalkan.
Jika anda seorang WANITA dan LELAKI, ostematrixmembantu mengurangkan risiko kereputan tulang ( osteoporosis)
Jika anda mempunyai masalah OBESITI (berat badan berlebihan), anda perlukan ostematrix demi memastikan kepadatan tulang anda mengampu tubuh badan anda.

PRODUK SHAKLEE MALAYSIA DI JAMIN
* 100% HALAL
* KELULUSAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM)
* SEMULAJADI
* TIADA TAMBAHAN PERASA TIRUAN
* TIADA  TAMBAHAN PEMANIS
* TIADA TAMBAHAN PEWARNA
* TIADA PENGAWET


Untuk mendapatkan konsultasi dari saya sila hubungi 
PM FB : Shimaku

Disclaimer:- These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...