Tak sudah-sudah persoalan halal ke shaklee ni di ajukan pada saya.. Jadi mari kita baca perkongsian dari salah seorang Master Coordinator ni. Di harap selepas ini anda akan lebih yakin untuk terus bersama sihat dengan SHAKLEE.
----------------------------------------------------------------------------
Semalam saya terjumpa satu website yang
mengatakan bovine gelatine yang digunakan oleh Shaklee Malaysia tidak halal. Si
penulis telah mendapatkan kesahihan hal ini daripada Shaklee Canada. TETAPI,
yang menjadi persoalannya kenapa perlu tanya pada Shaklee Canada sedangkan
Shaklee menghasilkan produk untuk setiap Negara adalah berbeza. Produk yang
dipasarkan di Malaysia, tidak sama dengan produk yang dipasarkan di Amerika,
Kanada, Japan dan Negara-negara lain. Penghasilan untuk produk Negara Islam dan produk bukan
Negara Islam juga berbeza. Saya bukan berkata-kata kosong kerana seorang
daripada upline saya berkesempatan pergi ke kilang di US dan melihat sendiri
proses pembuatan produk.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Baru-baru
ni bila saya baca tulisan pada botol OmegaGuard, dan perasan ianya ditulis
Manufactured by : Banner Pharmacaps (Canada) Ltd., 5807 47th Ave, Olds, Alberta, T4H1S7,Canada.
Manufactured for : Shaklee Corporation, Pleasonton, CA 9588 USA
Manufactured by : Banner Pharmacaps (Canada) Ltd., 5807 47th Ave, Olds, Alberta, T4H1S7,Canada.
Manufactured for : Shaklee Corporation, Pleasonton, CA 9588 USA
Lantas
saya terus teringat, suatu ketika dulu timbul isu tentang Halal-Haram bovine
gelatine Shaklee bila ada seorang sahabat menjumpai satu blog yg mengandungi
surat ditulis kepada Shaklee Canada tentang kehalalan bovine gelatine Shaklee.
Pada masa tu, saya terfikir ‘Kenapa la orang itu pergi jauh-jauh bertanya pada
Shaklee Canda sedangkan dia boleh bertanya pada Shaklee Malaysia’. Bila nampak
tulisan di atas terus terfikir, mungkin ini penyebabnya, kerana tulisan di
botol Shaklee bahawa ianya dibuat di Kanada. Kandungan blog tersebut
menyatakan, Shaklee Canada tidak menjamin bovine gelatinenya halal tanpa
mengetahui penghasilan vitamin Shaklee bagi setiap negara adalah berbeza.
Ketika
itu, saya benar-benar yakin dengan kehalalan Shaklee kerana salah seorang
upline saya pernah pergi ke kilang Shaklee di US dan melihat sendiri cara
penghasilannya. Tetapi bila menjumpai OmegaGuard dihasilkan di Kanada, terus
saya tersentak. Saya periksa kembali semua produk Shaklee saya. Semua produk
yang dari softgel seperti Lecithin, OmegaGuard dan Vitamin E dihasilkan dari
Kanada. Manakala, produk yang lain dihasilkan dari US. Walau bagaimanapun,
capsul dari bovine gelatine ini tidak dihasilkan oleh Shaklee Canada tetapi
oleh Banner Pharmacaps (Canada) Ltd.
Lalu,
saya pun terus mencari tentang syarikat Banner Pharmacaps.
Rupanya ia adalah syarikat penghasilan barangan pharmaceutical dan nutrition
terbesar di dunia. Masih tidak berpuas hati,
saya mencari lagi dan menjumpai no telefon Banner Pharmacaps Canada. Saya cuba
telefon tetapi talian ditutup. Bila check waktu dunia, rupanya di Kanada jam
menunjukkan pukul 6 pagi. Manalah ada customer service yang nak layan.
Pencarian
diteruskan dan menemukan saya dengan Halal Consumer
Magazine, A Publication of Islamic Food and Nutritional Council of
America (IFANCA). Dan menemui hasil di bawah.
Alhamdulillah, Banner Pharmacaps, Canada disahkan halal oleh
IFANCA. Saya tak pasti tentang cawangan
Banner Pharmacaps yang lain, yang penting Banner Pharmacaps Canada yang menghasilkan
Shaklee disahkan HALAL.
Pencarian diteruskan dengan hasil di bawah
Apa
pula kata Presiden Banner Pharmacaps US, Dr. Roger Gordon?
Manufacturers are also becoming more sensitive to consumer needs by providing a wider selection of capsule choices that meet specific dietary requirements. Due to the global nature of the marketplace it has become increasingly important to understand the special needs of consumers. For example, the Halal two-piece capsules made by Capsugel meet the specific dietary needs of its Muslim customers and the capsules are certified as Halal by the Islamic Food and Nutrition Council of America (IFANCA). Further, capsules meeting Kosher needs are also available.
* source
Manufacturers are also becoming more sensitive to consumer needs by providing a wider selection of capsule choices that meet specific dietary requirements. Due to the global nature of the marketplace it has become increasingly important to understand the special needs of consumers. For example, the Halal two-piece capsules made by Capsugel meet the specific dietary needs of its Muslim customers and the capsules are certified as Halal by the Islamic Food and Nutrition Council of America (IFANCA). Further, capsules meeting Kosher needs are also available.
* source
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Itu dia hasil penyelidikan rakan saya.
Sekarang saya lebih yakin bahawa yang produk Shaklee Malaysia adalah HALAL.
Seperti saya nyatakan di atas, produk untuk setiap negara adalah berbeza. Mari
lihat contoh-contoh produk Shaklee yang dipasarkan di beberapa negara. Kita
lihat untuk soy lecithin.
Inilah bukti walaupun
di bawah satu jenama SHAKLEE tapi produk yang dipasarkan berbeza mengikut
negara itu.
Jika anda
berkesempatan melawati laman web Shaklee bagi setiap Negara di atas, senarai
produk yang dipasarkan juga berbeza. Tidak semua produk di US akan dipasarkan
di Malaysia. Ini menunjukkan Shaklee hanya memastikan barang yang halal untuk
pasaran Malaysia.
Oleh itu, janganlah
berasa was- was dengan status produk Shaklee.
Sumber : elaila.net
Untuk mendapatkan konsultasi dari saya sila hubungi
PM FB : Shimaku
FB Page : Nutrisi Cantik Dan Sihat